Monday, November 23, 2009

Senarai Pelajar Cemerlang 5A UPSR

Tahniah diucapkan kepada 24 pelajar SKPTK yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009.

1. Abdul Nasir Yusoff
2. Aliff Fikri Muliadi
3. Amirul Azuan Ramli
4. Effah Athirah Zulkufli
5. Fadhlur Rahman Yusoff
6. Mohd Afrizul Amiruddin Abdul Fatah
7. Mohd Izzuddin Mohd Zaidi
8. Muhammad Asri Rosli
9. Muhammad Hanif Ibrahim
10. Muhammad Tarmizan Iqmal Tamin
11. Muhammad Zulhanif Zulkefli
12. Noor Atiqah Nabila Mat Rudin
13. Nor Haliza Ali @ Ibrahim
14. Nur Ain Yusri
15. Nur Atikah Mohamed Iqbal
16. Nur Hanim Aziz
17. Nur Liyana Zakaria
18. Nur Syafiqah Mad Zain
19. Nur Hazwani Sa'aid
20. Nur Nadya Aqylah Abdul Jalil
21. Nurul Liyana Azizan
22. Syazwani Mat Saad
23. Siti Nurafiqah Mohd Saad
24. Nur Farah Wahidah Fauzi

Tahniah diucapkan! Peratusan lulus UPSR juga meningkat sebanyak 0.05%.

Senarai Nama Guru & Staf Sokongan 2010

Senarai Nama Guru
1. Pn. Norliliwati bt Mustafa (6G)
2. Pn. Rohayu bt Abd Rani (6C)
3. Pn. Azizah bt Ismail (6H)
4. Pn. Norma bt Sirun (6M)
5. Pn. Olga anak Angking (5G)
6. Pn. Hjh. Che Limah Ujang (5C)
7. Pn. Salina bt Samat (5H)
8. En. Sarawana Kumar (5M)
9. Pn. Nurulhuda bt Mokhtar (4G)
10. Pn. Norhafizah bt Mohamad (4C)
11. En. Mohd Khir b Ariffin (4H)
12. Pn. Diwi Wijaya bt Rosli (4M)
13. Pn. Marziah Amir Ghulam (3G)
14. Pn. Che Puteh bt Manaf (3C)
15. En. Sabri b Abu Samah (3H)
16. Pn. Ambikavedy (3M)
17. Pn. Siti Rohayu bt Md Yusof (3J)
18. Pn. Noriza bt Mohd Khir (2G)
19. Pn. Shahrizal bt Mohd Yusof (2C)
20. Pn. Citradewi a/p Subramaniam (2H)
21. Pn. Rozita bt Harun (2M)
22. Cik Hasnah bt Ibrahim (2J)
23. Pn. Izzana bt Ishak (1G)
24. Pn. Afizah bt Rajudin (1C)
25. Pn. Zuraida bt Ahmad (1H)
26. Pn. Fauziah bt Rashid (1M)
27. En. Shaharin b Kassim (BM)
28. En. Nakeli b Harun (BM)
29. Pn. Mazuwina bt Ismail (BM)
30. Pn. Nor Aziah bt Che Ya (BI)
31. Pn. Pathmavathy (BI)
32. Pn. Zuhaida bt Md. Zainuddin (BI)
33. En. Mohd Nizam b Othman (SN)
34. Pn. Norhashidah bt Md. Noor (SN)
35. Pn. Nafisah bt Taib (SN)
36. En. Murad b Daud (M3)
37. En. Abd. Rahim b Zain (M3)
38. Pn. Sakinah bt Saat (MZ)
39. En. Mashor b Hj. Aziz (AG)
40. Pn. Jamaliah bt Mokhter (AG)
41. Pn. Noorsiah bt Mohd Yusof (AG)
42. Pn. Zainab bt Abu Hassan (AG)
43. Pn. Noor Hidayah bt Abd Halim (AG)
44. En. Affandi b Darus (KH)
45. Tn. Hj. Mohd Shukery b Hashim (j-QAF)
46. En. Mohd Nazhir b M. Noor (j-QAF)
47. Pn. Ainul Husni bt Hj. Harun (j-QAF)
48. Cik Nasihah bt Hashim (j-QAF)
49. Pn. Akilah Razinah Abdullah (EMIS)
50. En. Yahaya b Din (Pemulihan)
51. Pn. Nor Suria bt Ishak (Bestari)
52. Pn. Asniza bt Ismail (PSS)
53. Pn. Nursuriyati bt Zainon (KAUN)
54. En. Ibrahim b Mansor (KAUN)
55. Pn. Hamidah bt Hassan (PRA)
56. En. Mohd Asrul b Ahmad (PRA)
57. Pn. Nur Fahida bt Hamzah (Pend. Khas)
58. Pn. Zaiton bt Othman (Pend. Khas)
59. En. Wan Mustaim b Wan Hussin (Pend. Khas)
60. Pn. Mazilah bt Mansor (Pend. Khas)
61. Pn. Hairani bt Abd Aziz (Pend. Khas)

Senarai Staf Sokongan
1. Pn. Nor'aini Khamis (KPT/N22)
2. Pn. Pariza bt Ramli (KPT/N17)
3. Pn. Zakiah bt Hamid (KPT/N17)
4. Pn. Nuraishah bt Ibrahim (PT/F17)
5. Pn. Asliza bt Wahab (PPM PRA)
6. Pn. Noor Zalina bt Zainol (PPM PRA)
7. Pn. Nur Hakishah bt Idrisi (PPM Khas)
8. Cik Masliza bt Yaakob (PPM Khas)
9. Pn. Hjh. Azimah bt Abd Rahman (PTR/N11)
10. En. Zulkafli b Zahid (PAR/N4)
11. Pn. Mahizon bt Md. Salleh (PAR/N1)

Lencana Sekolah


Warna

Kuning: Melambangkan warna diraja dan bernaung di bawah Yang Dipertuan Agung

Merah: Melambangkan semangat perjuangan ke arah kecemerlangan akademik

Hijau: Melambangkan keharmonian, kemakmuran dan keindahan bumi Malaysia


Simbol

Bunga Raya: Bunga kebangsaan negara Malaysia

Tengkolok: Lambang diraja dan taat setia rakyat Malaysia

Teknikal dan buku: Pendidikan ke arah berteknologi tinggi

Lima bulatan: Semangat kesukanan ke arah memajukan sukan negara

Pemandangan desa: Melambangkan ketenangan, keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia

Obor: Menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi tanpa mengenal kalah dan jemu

Riben: Cogankata/moto sekolah "Ilmu Suluh Hidup"


Sejarah Sekolah

Sekolah Melayu pertama di kawasan ini ialah Sekolah Umum Sungai Derhaka yang didirikan pada tahun 1870. Sekolah ini terletak di Pekan Kampung Pertama.

Disebabkan pertambahan murid dan kawasannya terhad, sebuah sekolah baru didirikan dalam tahun 1930. Jaraknya dari Sekolah Umum Sungai Derhaka ialah kira-kira 1 kilometer. Sekolah ini dinamakan Sekolah Umum Permatang To’Kandu.

Bangunan asal Sekolah Umum Permatang To’Kandu ialah konkrit setingkat. Lapan tahun kemudian bangunan ini ditambah setingkat lagi dengan binaan kayu.

Pada tahun 1940, sebuah bangunan tanbahan setingkat dibina bersebelahannya. Tahun 1960, Sekolah Umum Permatang To’Kandu ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Permatang To’Kandu (SKPTK). Bilangan murid sentiasa meningkat setiap tahun. Penghujung 1960-an dibina sebuah bangunan konkrit dua tingkat, mengandungi 10 buah bilik darjah.

Tahun 1971, SKPTK dicantumkan dengan Sek. Keb. Permatang Nibong bagi memudahkan pengurusan pentadbiran. Tambahan pula bilangan murid di Sek. Keb. Permatang Nibong semakin berkurang. Akhirnya pada tahun 1983 akibat pertambahan murid yang ramai kerana wujudnya kawasan perumahan baru, bangunan yang pertama dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru tiga tingkat bagi memuatkan pejabat, bilik Guru Besar, bilik rehat guru, bilik sumbar, perpustakaan, bilik tayangan dan kelas. Juga dibina sebuah kantin yang lebih selesa untuk kemudahan murid sekolah ini.

Pada masa ini jumlah murid seramai 1127 orang (31 kelas) yang datangnya dari kampong-kampung berhampiran iaitu,

Kampung Pertama

Kampung Belah Dua

Kampung Besar

Kampung Masjid Timah

Kampung Permatang Nibong

Kampung Permatang Janggus

Kampung Permatang Tengah

Taman Haji Mohamad Amin dan

Taman Janggus.

Bilangan guru seramai 55 orang dan kakitangan sekolah seramai 8 orang.

Asal Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Permatang To’Kandu adalah diambil dari nama seorang imigran keturunan India Muslim berasal dari India Selatan yang bernama Maidin. Beliau mengembara sambil berniaga dan terus menetap di kawasan Kampung Pertama sehinggalah meninggal dunia. Kubur beliau boleh dilihat di kawasan perkuburan Kampung Pertama bersebelahan Masjid Batu.

Semasa tinggal di Kampung Pertama beliau dilantik sebagai penghulu atau ketua kanpung dengan gelaran To’Kandu. Dalam bahasa India Selatan, To’Kandu bermaksud penghulu atau Ketua Kampung.

Oleh itu sebagai memperingati jasa-jasa beliau, kawasan tempat tinggalnya dinamakan Permatang To’Kandu, dan nama sekolah ini juga dinamakan mengikut nama tersebut.

Pentadbiran

Guru Besar
TN.HJ.MOHD SHUKRI BIN ABD. RAHMAN
Penolong Kanan I
Puan Hajah Zabedah Binti Abdul Majid

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Faridah Binti Md Isa

Penolong Kanan Kokurikulum
EN. BARATH A/L SUBRAMANIAM

Lokasi Sekolah

SK Permatang To' Kandu terletak di Jalan Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Lagu Sekolah

Kami murid sekolah ini
Berjanji dan berikrar
Mencapai cita-cita suci
Berusaha terus belajar
Majulah anak bangsaku
Majulah arah kemajuan
Berbakti nusa dan bangsa
Berbakti di tanah Malaysia
SKPTK SKPTK
Mendidik ke arah kemajuan

Misi Sekolah

1. Mewujudkan suasana yang kondusif dan menjadikan sekolah wahana ilmu bagi murid mencapai kecemerlangan akademik.
2. Melahirkan murid berdisiplin tinggi melalui amalan nilai murni berdasarkan budaya timur.
3. Melahirkan murid yang sihat dari aspek mental, jasmani dan rohani.
4. Mewujudkan semangat ikram antara murid, guru dan ibu bapa.
5. Mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan staf sekolah berlandaskan amanah.

Visi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu cemerlang menjelang 2010